Monday 5 March 2012

OOPS!!! I FELL IN LOVE #2

" Good morning, Madam Marina," selaku ketua tingkatan 5 Alpha Azryl memberi salam kepada Cikgu Marina.
" Azryl, Hani mana?"
" Manalah saya tahu cikgu... Dia bukannya bini saya pun. Baik cikgu pergi cari. Tah-tah dah kembung kat toilet tu sebab tadi saya nampak dia pergi toilet..." slumber habis Azryl balas. Ternganga mulut Cikgu Marina.
         Pintu diketuk bertalu-talu. Leganya rasa hati, segala sisa toksik telah dinyahkan. Aik? Apasal senyap semacam saja kelas aku pagi ni? Kalau tidak, riuh-rendah mengalahkan pasar borong, tak habis-habis bercakap.


         Alamak!!! Matilah aku... Macam manalah aku boleh lupa bahawasanya di pagi yang bertuah ini Cikgu Marina punya subjek merupakan waktu pertama. apa nak buat ni?
" Selamat pagi cikgu..." sopan habis aku memberi salam.
' Morning. Ni kenapa kamu lambat? Nak mengelat kelad saya ke?" Tinggi betul nada suaranya. Macam nak telan aku saja gayanya. Eee... Malunya. Satu kelas pandang, macamlah aku ni badut sarkas tengah buat show.
         " Sorry cikgu... Tadi saya... Err... Sebenarnya saya..." sejak bilalah pula Sharifah Hani Helena jadi gagap ni? Fikir... Fikir... Apa alasan yang paling logik, takkan nak cakap aku baru balik dari tandas kot, mahu kena gelak tiga hari empat malam dek classmates aku yang "baik hati" ini.
 " Err, cikgu... Sebenarnya pengetua tadi panggil saya," hentam sajalah labu. Entah bilalah pengetua tu nak panggil aku, bayang keretanya pun aku tak nampak lagi.
          " Kenapa pulak pengetua nak jumpa awak?" haiya!! Banyak tanya betulla cikgu sorang ni.
          " Oh, sebenarnya ada seorang pelajar baru yang nak mendaftar kat sekolah ni. Tu yang pengetua minta saya tolong apa-apa yang patut," yo yo o la sangat ada student baru, maaflah cikgu ye! Tipu sunat. taktik menyelamatkan diri.
           " I see. Oklah. Please have your seat."
           Nasib baik nampaknya aku hari ini. tak kena denda. Aku bersiul-siul kegirangan. Huish, tak senonoh betul!


" Eee... Busuk siot... Bau tahi... Siapalah membuang tak reti nak basuh ni? " tiba-tiba Azryl bersuara memecahkan kesunyian yang bersarang. Lebar sungguh sengihan dia. Aku pasti sindiran itu ditujukan kepadaku.
" Hoi, Kau apahal? Suka-suka hati cakap orang busuk. Macamlah kau tu wangi sangat. Bau macam kambing adalah, " Ambil kau Azryl. Siapa suruh cari pasal dengan aku pagi-pagi macam ni. Sudahlah aku tengah bad mood, nak main-mainkan aku lagi.
" Cik Hani Helena sayang oi... Ada aku cakap kau ke yang busuk tu? Yang kau terlebih-lebih peraan ni kenapa?" berdekah-dekah Azryl ketawa. Haila mamat seekor ni... Menyusahkan orang betullah. Tapi betul juga apa yang mamat sengal tu cakap, bila masa dia tuduh aku yang busuk? tak ada kan? Salah aku la jugak nak teraa sendiri.
" Ah! Apa sayang-sayang... Sejak bila aku sayang kau? Aku tahulah kau tengah mengata aku... Kaukan tak boleh duduk diam kalau sehari tak ganggu aku."
" Kau sebenarnya sukakan, aku panggil kau sayang... Macamlah aku tak tahu tadi kau pergi tandas, ada hati pulak nak kelentong Si Submarine tu. Student baru konon... Siapa? Datuk kau?" berderai ketawa konco-konco Azryl. 
         
 
 

 

 

Sunday 4 March 2012

OOPS!!! I FELL IN LOVE #1

" Reen, lama lagi ke?" aduh sakitnya perut!
" Kejap je lagi... Kau kira sampai seratus, lepas tu aku keluar..." janji Reen.
"Reen, cepat sikit... Dah  tak  ta..."
Fuhh!  Nasib baik Reen keluar on time. Sikit lagi sahaja aku nak buat rekod melabur depan pintu toilet ni. Apalah agaknya yang aku dan Reen dah makan sampai memulas-mulas perut sejak pagi-pagi buta tadi. Awal sungguh jadi penghuni toilet nan satu itu. Ayam pun tak bangun lagi!


         Mak ai... Baru pukul 3.30 pagi. nak buat apa ni? Tak boleh tidur la pulak. Reen dah berlayar ke Zimbabwe agaknya. Siap ada sound effect lagi. Tak senonoh betullah anak dara merangkap roommate aku ni.
" Wahai mata, bilalah kau nak tidur? Ketahuilah engkau, esok aku sekolah, kena bertugas. takkanlah aku nak join sekaki manusia-manusia yang kena denda sebab lambat..."
          Pusing kiri. Pusing kanan. Pusing kiri balik... Aku tak boleh tidur juga. Balapetaka betullah... Aku ni dahlah spesies susah nak bangun tidur. Huish! Gawat... Gawat...


         Tiba-tiba, aku nampak kelibat seorang lagi roommate aku nak pergi toilet. Aimie Ammiera Azlan namanya. Aku pun dengan bermurah hati menghadiahkan secebis senyuman kelat nak bagitahu aku tak tidur lagi. Aimie senyum balik kat aku...


" Aimie, nak pergi toilet ek?" bodohnya soalan.
" Oit mak cik... sudah terang lagikan bersuluh lampu toilet ni aku tengah pakai selipar toilet, takkanlah aku nak pi pasar malam kot..."
          Mangkuk sungguh kawan aku yang sorang ni. Dah clear sangat orang nak ke toilet, lagi mau tanya... 
" Yang kau ni apahal? Tak reti-reti nak tidur? Ingat esok public holiday ke? "
"Bukan tak nak tidur... Tapi tak boleh tidur. Tak tahulah kenapa mata ni hyperactive sangat." 
" Okaylah sis. Nak tidur la... Tata!! "
           Aimie melemparkan flying kiss kepadaku. Hampeh punya kawan. Ingatkan nak berbual dengan aku sampai boleh tidur, last-last dia yang tidur dahulu. 




          Eh! Jap... Jap... Kalau tak salah aku tadi si Aimie pijama warna merah hati. Tapi tadi... warna putih...
          Aku pun mengumpul sisa semangat dan keberanian diri yang tak seberapa lalu menjeling sekilas ke katil Aimie. tiba-tiba bulu romaku berdiri tegak macam tengah menyanyi lagu Negaraku. Kenapa ya?  


Mana taknya, Aimie memang pakai baju tidur warna pink. habis tu... tadi yang cakap dengan aku... siap buat lawak pagi -pagi buta pulak tui siapa? Jangan-jangan...
" Mama... Tolong Hani! Hantuuuu...."
Terkumat-kamit mulutku bergerak-gerak mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Semua surah yang aku ingat aku baca. Mata pun aku dah pejamkan rapat-rapat. Tinggal tak letak glue aja. Kalau tak confirm tak boleh buka punya. Badanku menggigil-gigil macam orang baru lepas mandi kat Lautan Artik je gayanya. Waa!!!! Nak balik rumah... 


Tiba-tiba... Sepasang telingaku menangkap suatu pergerakan... macam ada orang sedang berjalan menuju ke arah katilku. Kuat betul bunyi tapak kaki tu. Sejak bilalah sekolah aku ni ambil bigfoot jadi mak cik guard. Mak cik guard ke tu??

         Lagi mengerikan, aku dapat merasakan bahawasanya ada lembaga sedang berdiri betul-betul di sebelahku... Sepasang tangan sejuk menyentuh lenganku. Apa nak buat ni? Dia ni pegang-pegang nak ajak aku pergi ke mana-mana ke? Siap goyang-goyangkan badan aku lagi...


         " Reen.... Aimie... tolong aku... " Menjerit! Hanya itu sahaja yang boleh aku fikirkan dan lakukan sebagi reflect, bahawasanya aku tersangat amatlah takut.


         " Woi Hani!! Bangunlah... Dah pukul 6.30 pagi ni. Nanti lambat pulak masuk kelas... " Nyaring sungguh suara Reen menampar pelupuk telingaku.


         " Laa... Kaukah yang pegang-pegang aku tadi? Ingatkan hantu Aimie," aku menggosok mata yang tiba-tiba pedih dek lampu bilik yang terang-benderang itu.


         " Itulah kau. Dah banyak kali aku nasihat... Bila nak tidur..." Reen dah start kuliah subuh dia...   "basuh kaki, ambil wuduk, baca doa..." dah terhafal dalam otak aku nasihat sahabat yang satu itu.


Baik aku stopkan minah ni sebelum dia terus berbicara mengutarakan hujah-hujah macam peguam dekat court tu. Sudahlah aku bangun lambat pagi ini. nanti tak pasal-pasal kena denda dengan Cikgu Marina pulak.
Cikgu Marina Zahidah Binti Firdaus Syafiq. Siapa yang tak kenal akan kegarangannya yang melampau-lampau. Pantang sahaja ada pelajar bermasalah, confirm dia dulu yang sampai ke tempat kejadian. Macam mana dia tahu ada pelajar bergaduh? Hanya dia yang tahu... minggu lepas sahaja, hampir dua kali aku kena denda dengan cikgu MArina sebab datang lambat. Nasib baik aku pandai buat alasan. Nak hidup beb!! 


         " Cepat gila kau siap pagi ni. Kalau tak, mandi macam tuan puteri bersiram. kau mimpi apa malam tadi? "


         Terkejut beruk Aimie ketika aku selamat tiba di dewan makan lima minit setengah selepas dia sampai. Sebelum ini, rekod breakfast aku yang paling awal ialah sepuluh minit dua puluh tujuh saat selepas Aimie sampai memandangkan Aimie yang paling awal bangun antara kami bertiga.
" Eh, Reen mana?" Mataku meliar mencari kelibat Reen.
" Aku ingatkan dia datang dengan kau tadi..."
" Mana ada. Bukan dia datang dengan kau ke? Tadi bilik dah kosong." Aimie menggeleng.
" Tak apalah. Biar aku cari dia..." 
          Mataku melingas ke kiri ke kanan sambil mendaki tangga menuju ke kelasku. Mana sahajalah Reen ni. Pagi-pagi lagi dah lenyap. Jenuh aku nak mencari.
           Alamak... Sakitnya perut... Rasa macam nak memerut saja ni. Tapi sekarang dah pukul 7.30 pagi. Tinggal lagi 5 minit sahaja sebelum loceng masuk kelas menjerit. Aku sesungguhnya tak mahu menghadap Cikgu Marina pagi ini.
" Lantaklah... perut aku dah sakit sangat ni. Nanti kot terlepas dalam kelas, lagi malu..." lantas aku segera menuju ke tandas.

* * * * * 
 












  




Kau Dan Aku

Di mana saja kuberada
Pasti kau sentiasa setia
Walau payah perjalannya
Walau getir pancarobanya
Kau tetap di situ
Memasak bumi menjadi lantai
Menongkat langit menjadi payung
Begitu setia menemaniku
Sedihku jadi deritamu
Tawaku bawa kebahagiaanmu
Memimpin aku ke dunia hadapan
Andai kau pergi
Pincanglah langkahku
Kaburlah pandanganku
Kerana kaulah cahaya hidupku
Kaulah sahabat terbaikku
Kaulah segalanya buatku
Kaulah belaian jiwaku
Dulu, kini dan selamanya...

Cabaran

Kehidupan tanpa cabaran
Laksana siang tanpa sinar mentari
Walau panas membakar
Siang tetap berlalu
Tanpa sedikitpun mengeluh
Cabaran tanpa kesabaran
Nescaya payah perjalanannya
Cabaran tanpa pengorbanan
Pasti tiada jumpa titik penghujungnya

Tanpa cabaran
Hidup pastinya berbunga-bunga
Namun,
Cabaran itu hak
Menguji insan-insan
Bergelar manusia
Akan erti alam hakiki...

Aku Dan Remaja

Melewati kamar waktu
Menzahirkan seribu dilema
Mengutarakan sejuta makna

Kadangkala aku tersungkur
Tatkala mengharungi denai kehidupan
Kadangkala aku lemas
Usai lelah menggapai cita
kadangkala aku kelam
Walau terang neon memuntahkan sinar

Keremajaan,
Hadirmu suatu kurniaan
Bersamamu kudakap suatu impian
Menggenggam pelangi masa depan

Tatkala badai menghempas pantai
Tatkala awan berarak kelabu
Manisnya remaja tidak lagi bergula
Indahnya hidup tidak lagi ceria
Patah tumbuh hilang berganti
Perginya keremajaan tiada kembali

Aku mula mengenal diri
Teraba-raba mencari identiti
Dentingan waktu menyesak kalbu
Masaku sudah suntuk
Keremajaan makin enteng berlari pergi

Andai kesedaran menghimpit diri
Aku yakin bertambah pasti
Aku dan remaja bagi dua merpati sejoli
Berpimpin tangan bertaut hati
Indah melayari bahtera dunia hakiki...

Kehidupan

Kehidupan,
Ianya suatu realiti
Yang mewarnai pentas duniawi
Kita manusia
Adalah seniman dan seniwati
Yang melakonkan sebuah pementasan
Bernama kehidupan.

Sungguh indahnya dunia
Dengan pelbagai ragam manusia
Yang kaya, yang berjaya
Yang jujur, yang tersohor

Namun, ada jua manusia
Berdiri berlandaskan dusta
Berkata menghambur nista
Beragama membabi buta
Kehidupan yang sia-sia
Laksana kapal tanpa nakhoda

Kehidupan,
Menitimu memerlukan kesabaran
Melaluimu menuntut seribu pengorbanan
Mendampingmu menjanjikan suatu pengalaman
Sama ada derita, berjaya
Suka mahupun duka
Pilihlah wahai manusia
Inilah sebuah realiti dunia...

Selaut Kasih Ibu

“ Dr. Hani, Puan Suraya dah bersalin pagi tadi…” mendatar sahaja suara jururawat yang menyapa Hani Aminna lewat tengah hari itu ketika dia melangkah masuk ke biliknya. Tiada langsung riak ceria di wajah jururawat yang dipanggil Kak Wan itu.
“ Puan Suraya? Pesakit saya tu? Kalau tak silap saya kandungannya baru mencecah lapan bulan. Kenapa tiba-tiba awal pulak masuk labour room?” perasaan gusar dan bimbang terus menyerbu hati sanubari Hani.Puan Suraya adalah salah seorang pesakit yang berada di bawah tanggungjawabnya sejak dia mula bertugas di Hospital Putrajaya dua tahun yang lalu.
“ Complication, doktor. Baby lemas dalam kandungan. We have tried our best, tapi baby tu tak dapat diselamatkan.” Ya Allah! Hancur luluh perasaan Hani tatkala mendengar patah-patah perkataan yang keluar dari mulut Kak Wan. Tanpa pamitan, Hani menapak longlai menuju ke biliknya, ditemani genangan air mata yang hanya menunggu masa untuk gugur membasahi pipinya yang putih gebu itu. Tangannya menggeletar mencari rekod kesihatan Puan Suraya serta arwah bayinya.
* * * *
“ Tahniah puan, puan mengandung dua bulan,” masih terngiang-ngiang ayat itu di pelupuk telinga Hani walau enam bulan sudah berlalu. Masih segar di minda betapa gembiranya Puan Suraya ketika itu. Senyuman yang bercahaya terpancar dari wajah ibu yang berusia awal 30-an itu.  Setelah puas berikhtiar, inilah zuriatnya yang pertama walau sudah mendirikan rumah tangga hampir lapan tahun. Dan sejak dari saat dan ketika itu Hanilah yang bertanggungjawab memantau tahap kesihatan Puan Suraya dan bayinya.Namun kini, zuriat yang bakal menjadi pengikat kasih dan sayang Puan Suraya serta suaminya tiada lagi bernyawa.Berat sungguh ujian yang Allah turunkan buat mereka! Mengapakah insan-insan yang begitu menginginkan zuriat diuji sebegitu rupa sedangkan di luar sana begitu ramai bayi yang tidak berdosa namun tidak dapat melihat dunia kerana dibunuh olah ibu sendiri? Adilkah begitu?Air matanya mengalir bagai anak sungai. Hani terduduk kaku di penjuru biliknya.
            Di bawah sedar, terdengar ketukan halus dari luar pintu biliknya. Sesaat kemudian, sesusuk tubuh yang amat Hani kenali menapak ke  penjuru bilik, menuju  ke arahnya.Bagaikan refleks, Hani terus memeluk  tubuh itu, menangis teresak-esak di bahunya.
            “ Shhh… please Hani,jangan menangis! I`m here…”Dr. Aeryl mengusap lembut belakang isterinya yang dibaluti kot putih bersih itu. Nampaknya isteri kesayangannya itu begitu merasai pemergian bayi Puan Suraya.Manakan tidak, saban hari isterinya itu begitu becok memperihalkan betapa bertuahnya bayi yang bakal lahir itu kerana mendapat ibu yang begitu pengasih dan penyayang seperti Puan Suraya.
            Bagaikan baru tersedar daripada perlakuannya, Hani segera melepaskan pelukannya. Malu seandainya ada pesakit atau jururawat yang melihat adegan kurang sopan mereka, lebih-lebih lagi apabila melihat pintu biliknya separuh terbuka.
            “ Sorry dear, habis kot Ryl basah dengan air mata Hani. Maaf sebab Hani tak dapat nak kawal perasaan sedangkan sebagai seorang doktor, Hani sepatutnya profesional.” Hani mengelap sisa-sisa air mata dengan jari- jemarinya. Dia tersenyum hambar tidak bergula. Aeryl faham. Begitu faham akan keadaan isterinya yang satu itu. Hani mempunyai kisahnya yang tersendiri. Wanita yang disunting menjadi suri hidupnya hampir dua tahun yang lalu itu terlalu banyak kenangan hitam dalam dirinya. Bagi Aeryl tiada insan yang sempurna di dunia ini kerana semuanya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan ,walau sekelumit sekalipun.
* * * * *
09 September 2009
            Alhamdulillah, aku selamat diijabkabulkan dengan Aeryl Syazwan,seorang doktor muda yang begitu baik dan penyayang. Tidak kusangka rakan sejawatku di hospital kini menjadi suamiku sendiri, lebih- lebih lagi setelah mengetahui perihal diriku yang sebenarnya. Mulia sungguh hatinya kerana sudi memperisterikanku, seorang wanita yang telah hilang mahkota dirinya.Aeryl, aku berjanji akan menjadi seorang isteri yang taat dan setia kepadamu dan semoga rumahtangga yang kita bina ini berkekalan buat selama-lamanya.
05 Januari 2010
Kesihatanku semakin tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Mujurlah Aeryl sentiasa di sisi menemaniku setiap detik dan ketika. Bertuah sungguh aku mempersuamikan seorang Aeryl. Rupa-rupanya, aku disahkan berbadan dua.Dapat kulihat cahaya kegembiraan yang terpancar di wajah Aeryl. Zuriat ini amat bererti buat kami berdua. Namun, kenangan hitam yang cuba kulontarkan jauh menerpa kembali mengisi kamar memoriku. Malam itu, aku menangis lagi. Menangis kegembiraan juga bercampur kesedihan dan penyesalan atas kejahilanku suatu ketika dahulu. Yang pasti, anak yang berada di dalam rahimku ini akan kujaga melebihi nyawaku sendiri. Ya! Aku tak mahu pisang berbuah dua kali.
* * * * *
“Hani, jom! Ikut aku please…” Aziera merengek mengajak Hani mengikutinya. Hani pelik melihat keadaan sahabat karibnya yang bagaikan cacing kepanasan itu.
“Nak ke mana? Tak mahulah aku,” Hani menolak pada awalnya, namun itulah Hani, seorang yang mudah cair kepada pujuk rayu.
“Please Hani, ini  soal hidup dan mati!” kedua-duanya terus berdesup pergi menaiki Satria Neo milik Aziela hadiah daripada ayahnya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18 hujung tahun lalu. Sejak itu Aziela dan Hani menjadi semakin liar, berpeleseran tanpa menghiraukan dunia sekeliling.
12 Mac 2003
Aziera mengandung?? Dan dia gugurkan kandungannya just like that!!! Rupa-rupanya urusan hidup mati itu adalah urusan menamatkan riwayat janin yang baru hendak berdenyut di dalam rahimnya… Tak ada riak bersalah langsung dimukanya. How could she? Tapi, apa-apapun Aziera tetap kawan baik aku..
Jadi aku patut sokong apa jua keputusannya!!!
           
Mengandung dan menggugurkan kandungan tidak menjejaskan langsung aktiviti sosial mereka berdua. Saban hari berkepit dengan pelbagai jenis lelaki. Mat rempit, kaki botol, kaki perempuan,suami orang, sebutlah siapa sahaja, semuanya mereka berdua sudah pernah `try’. “Siapa kisah! Mak bapak kita orang pun tak peduli!” itulah jawapan yang acapkali meniti di bibir mereka tatkala ada yang menasihati.
29 Oktober 2003
Hari ini merupakan hari yang terburuk dalam sejarah hidupku mungkin. Siapa yang patut dipersalahkan, lelaki jahanam itu? Azira? Atau diriku sendiri? Ya! Akulah yang bersalah… Akulah punca segala-galanya. Andai aku tidak hanyut dalm kancah yang begitu mengasyikkan ini, pasti semuanya takkan terjadi. Rasa bersalah yang menggunung mula merobek hatiku, menghantui perasaanku. Jujur dari hati kecilku, aku tidak pernah menginginkan semua ini terjadi. Tidak langsung terlintas di sudut sanubariku untuk membunuh zuriatku sendiri… Tetapi aku tetap melakukannya… Mungkin kerana rasa amarah yang bermaharajalela di hati. Ya! Aku sama seperti Azila. AKU SEORANG PEMBUNUH! PEMBUNUH!!! Pembunuh darah dagingku sendiri. Sesungguhnya, tidak kusangka bahawasanya sahabat yang sudah kuanggap saudara dunia akhirat sanggup megkhianatiku. Azila, sahabat itulah yang telah mengupah seorang lelaki untuk menodaiku. Hancur luluh hati ini tatkala mengetahui sahabat sendiri yang menjadi duri dalm daging yang menggunting dalam lipatan, dalang ke atas keaiban ini, dan lebih menghibakan ialah apabila aku ditinggalkan tanpa apa-apa pilihan selain menggugurkan janin haram yang mula berjasad di dalam rahimku. Ibu dan ayah tidak bisa mengetahui rahsia ini… Ini adalah rahsiaku yang terbesar yang akan kusimpan kemas bersamaku sehingga ke akhir hayatku. Anakku, maafkan ibumu yang khilaf ini… Ibu terpaksa sayangku, ibu tahu bahawa kau sayangku langsung tidak berdosa, tidak bersalah, namun kau yang menjadi mangsa keadaan… MAAFKAN IBU…

            Sejak tarikh hitam itu, Hani tidak lagi seceria dahulu. Rasa positif langsung tidak wujud dalam dirinya. Dia terus menyalahkan dirinya atas segala yang berlaku walhal segala-gala yang terjadi adalah rencana jahat Azira. Hidup Hani berubah 360 darjah. Dia cuba melakukan segala apa yang termampu untuk menebus dosanya itu. Doktor! Atau lebih tepat lagi, pakar sakit puan menjadi pilihan Hani. Hani menjadi hamba kepada kerjayanya, cuba menyelamatkan seberapa banyak bayi yang mungkin, agar tiada seorangpun akan terlintas untuk mengulangi kesalahannya suatu ketika dahulu, membunuh anugerah Ilahi yang amat bernilai. Walau hampir tujuh tahun berlalu, rasa bersalah itu tetap ada, tersemat di lubuk hatinya. Mungkin balasan Allah atas dosa lalunya, walau sudah hamper tiga tahun menjalani bahtera rumahtangga bersama Aeryl, masih belum ada rezeki mereka untuk menimang cahaya maya tatkala Hani keguguran akibat masalah rahim yang tidak kuat, mungkin kesan pengguguran bayi yang dilakukannya suatu ketika dahulu.

11 Februari 2010
Hancur hatiku melihat wajah Aeryl tatkala menerima berita keguguranku. Zuriat yang baru mencecah tiga minggu itu akhirnya pergi meninggalkanku. Mungkin ini balasan dosa silamku. Kata pakar, rahimku mengalami komplikasi, tidak dapat menampung zuriatku sendiri, mungkin kesan cara pengguguranku yang tidak melalui prosedur yang betul tujuh tahun lalu. Lebih menyayatkan hatiku adalah apabila  doktor mengesahkan bahawa aku peluangku untuk mengandung lagi adalah amat tipis. Jelas riak kekecewaan terlakar di wajah Aeryl walau dia cuba menyembunyikannya atas dasar untuk menggembirakan hatiku. Itulah suamiku, selalu berkorban demiku,  seorang isteri yang gagal. Malam itu, aku menangis lagi. Setelah sekian lama, luka lama yang cuba aku ubati berdarah kembali. Aku pasrah, aku redha, mingkin ini merupakan ujian Yang Maha Esa buatku dan Aeryl. Semoga kami dapat menempuhinya dengan tabah dan sabar.

            Malam itu, Hani dan Aeryl menziarahi Puan Suraya yang mengadakan majlis tahlil buat arwah anaknya. Sisa air mata masih nyata di wajah Puan Suraya. Hani jadi sebak. Dia faham akan perasaan itu kerana dua kali dia telah mengalami kehilangan. Ya! Rasanya amat pedih, tidak tergambar…
* * * * *
Wahai ibu yang disayangi,
Aku amat gembira hari ini. Hatiku berbunga-bunga bahagia kerana akhirnya sudah tiba giliranku untuk menikmati panorama menyusuri sungai yang amat panjang itu. Aku juga teringin untuk sampai ke perkampungan ovari yang di sebelah sana walau mengikut sejarahnya, tiada sesiapapun yang bisa melepasi air terjun yang menggila dan tebing tinggi yang menjadi penghubung antara sungai-sungai di Timur dan Barat ini. Aku berharap ibu berdoa agar aku selamat menempuhi liku sungai ini dan semoga aku dapat bertemu dengan ibu suatu masa nanti.Ya ibu! Aku pasti kita akan bertemu…
Ibu,
            Aku rasa aku telah jatuh cinta. Tadi, semasa menyusuri arus yang agak deras, aku hampir-hampir saja lemas. Dari kejauhan, aku dapat melihat beratus-ratus jejaka yang berenang sekuat hati cuba menyelamatkanku. Tapi ibu, rupa mereka aneh sekali, kerana jejaka-jejaka ini berekor, panjang ekornya. Namun hakikatnya, zahirku juga aneh, manakan tidak, badanku berbentuk bulat dan otakku berada di bahagian tengah tubuhku. Aneh bukan? Namun, dalam usaha menyelamatkanku, satu demi satu kecundang ditelan gelombang. Aku hampir-hampir putus asa namun tiba-tiba seorang jejaka muncul dan berjaya menyelamatkanku. Aku jatuh cinta pandang pertama terhadapnya, dan ternyata dia juga mencintaiku persis ibu dan ayah yang mencintai satu sama lain. Akhirnya kami pun bersatu. Sekali lagi kami bertransformasi. Hahaha, ekor suamiku tertanggal, tertinggal di luar rumah kami. Sesungguhnya, aku bersyukur kerana pilihanku amat tepat. Aku dikurniakan suami yang amat mencintaiku.
Wahai ibu,
            Beria-ia benar aku bercerita. Mungkin ibu bosan mendengarkannya. Menjalani kehidupan seharian, kami makin tidak sabar untuk menemui ibu dan ayah. Bagaimanalah rupa kalian berdua? Adakah aneh seperti kami? Kami telah bersama-sama menjalani kehidupan atas nama embrio. Terapung-apung di dalam uri ibu, berenang-renang di dalam lautan air ketuban. Bahagia sungguh rasa hati, lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawasanya keselamatan kami terjamin oleh bala tentera imunisasi ibu yang begitu kuat dan terlatih. Tidak beberapa lama, kami terus berevolusi menjadi makhluk baru iaitu fetus. Kami juga dihadiahi dengan pancaindera yang khabarnya amat berguna apabila kami bertemu ibu kelak.Ah, kami makin teruja untuk berjumpa ibu! Maaf andainya ibu ada merasa kesakitan kerana perlakuan kurang sopan kami yang suka menendang-nendang tebing uterus dan perut ibu yang khabarnya makin menipis. Maafkan kami ibu…

Saban hari, kami dapat merasakan bahawa tubuh kami semakin membesar dan kami semakin aktif. Mungkin sudah tiba masanya untuk kami bertemu ibu dan ayah. Segembira hati kami, kami juga berharap ibu gembira menerima kehadiran kami. Kerana tanpa ibu, siapalah kami.
Wahai ibu yang tercinta…
            Ada khabar yang mencetera bahawa ibu selalu berdukalara. Terus menyalahkan diri sendiri atas segala apa yang berlaku. Sesungguhnya ibu, bukan pinta ibu untuk ini semua terjadi, dan sudah pasti ibu telah merasai penyesalannya. Kami, anak-anak ibu, semuanya berfikiran positif, insyaallah, suatu hari nanti pasti kami bakal jua bertemu dengan ibu.Tatkala aku berada di perkampungan ovari dahulu, arwah kak long dan kak ngah ada mengutus surat kepadaku. Kata mereka, mereka telah menemui jantung hati masing masing dan sedang terusa untuk bersama-sama berjumpa ibu. Namun, malangnya, mereka kecundang di pertengahan jalan. Mungkin di Loh Mahfuz mereka telah tertulis sebegitu, kita hanya mampu merancang namun Allah jua penentu segala-galanya. Pinta terakhir mereka bahawa ibu senantiasalah berfikiran positif, kerana segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kami sayang ibu…
* * * * *
            Mimpi yang walau telah berbulan-bulan berlalu itu ternyata masih segar metah dalam kotak memori Hani. Dalam mimpinya itu, terdapat seorang bayi bersama-sama sepucuk surat yang ditinggalkan di hadapan pagar rumahnya. Bayi itu sungguh comel, senyumannya menbuahkan senyuman di bibir Hani. Usai membaca nukilan hati bayi tersebut yang begitu indah,Hani terus terjaga daripada tidurnya. Seukir senyuman nipis terus berputik di bibir Hani. Tanpa berlengah, terus Hani mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat hajat dan istikharah. Mungkinkah ini suatu petunjuk daripada Allah buatnya? Walau apa yang berlaku selepas ini, Hani beazam untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa, terus menyelamatkan bayi-bayi yang tidak bersalah. Mungkin tatkala melihat wajah-wajah suci yang lahir ke dunia bakal membuatkan Hani merasa bahagia dan ceria, dia redha.
* * * * *
            “ Ryl, Hani rasa tak sedap badanlah… Asyik mual saja. Dr. Aeryl, macam mana ni?” tanpa pamitan, Hani terus berlari ke sinki, mengeluarkan segala makanan yang menghuni perutnya.
            Aeryl tersenyum lebar. Hani pelik melihat reaksi suaminya. Aneh!
“ Ryl rasa Ryl tahu sebabnya!” seukir senyuman terbit lagi di bibir Aeryl. Setelah sunyi seketika, Hani pula tersenyum…
“ Hani pergi check ya!”

Alhamdulillah… Terima kasih Tuhan…