Kehidupan,
Ianya suatu realiti
Yang mewarnai pentas duniawi
Kita manusia
Adalah seniman dan seniwati
Yang melakonkan sebuah pementasan
Bernama kehidupan.
Sungguh indahnya dunia
Dengan pelbagai ragam manusia
Yang kaya, yang berjaya
Yang jujur, yang tersohor
Namun, ada jua manusia
Berdiri berlandaskan dusta
Berkata menghambur nista
Beragama membabi buta
Kehidupan yang sia-sia
Laksana kapal tanpa nakhoda
Kehidupan,
Menitimu memerlukan kesabaran
Melaluimu menuntut seribu pengorbanan
Mendampingmu menjanjikan suatu pengalaman
Sama ada derita, berjaya
Suka mahupun duka
Pilihlah wahai manusia
Inilah sebuah realiti dunia...
No comments:
Post a Comment