" Reen, lama lagi ke?" aduh sakitnya perut!
" Kejap je lagi... Kau kira sampai seratus, lepas tu aku keluar..." janji Reen.
"Reen, cepat sikit... Dah tak ta..."Fuhh! Nasib baik Reen keluar on time. Sikit lagi sahaja aku nak buat rekod melabur depan pintu toilet ni. Apalah agaknya yang aku dan Reen dah makan sampai memulas-mulas perut sejak pagi-pagi buta tadi. Awal sungguh jadi penghuni toilet nan satu itu. Ayam pun tak bangun lagi!
Mak ai... Baru pukul 3.30 pagi. nak buat apa ni? Tak boleh tidur la pulak. Reen dah berlayar ke Zimbabwe agaknya. Siap ada sound effect lagi. Tak senonoh betullah anak dara merangkap roommate aku ni.
" Wahai mata, bilalah kau nak tidur? Ketahuilah engkau, esok aku sekolah, kena bertugas. takkanlah aku nak join sekaki manusia-manusia yang kena denda sebab lambat..."Pusing kiri. Pusing kanan. Pusing kiri balik... Aku tak boleh tidur juga. Balapetaka betullah... Aku ni dahlah spesies susah nak bangun tidur. Huish! Gawat... Gawat...
Tiba-tiba, aku nampak kelibat seorang lagi roommate aku nak pergi toilet. Aimie Ammiera Azlan namanya. Aku pun dengan bermurah hati menghadiahkan secebis senyuman kelat nak bagitahu aku tak tidur lagi. Aimie senyum balik kat aku...
" Aimie, nak pergi toilet ek?" bodohnya soalan.
" Oit mak cik... sudah terang lagikan bersuluh lampu toilet ni aku tengah pakai selipar toilet, takkanlah aku nak pi pasar malam kot..."Mangkuk sungguh kawan aku yang sorang ni. Dah clear sangat orang nak ke toilet, lagi mau tanya...
" Yang kau ni apahal? Tak reti-reti nak tidur? Ingat esok public holiday ke? "
"Bukan tak nak tidur... Tapi tak boleh tidur. Tak tahulah kenapa mata ni hyperactive sangat."
" Okaylah sis. Nak tidur la... Tata!! "Aimie melemparkan flying kiss kepadaku. Hampeh punya kawan. Ingatkan nak berbual dengan aku sampai boleh tidur, last-last dia yang tidur dahulu.
Eh! Jap... Jap... Kalau tak salah aku tadi si Aimie pijama warna merah hati. Tapi tadi... warna putih...
Aku pun mengumpul sisa semangat dan keberanian diri yang tak seberapa lalu menjeling sekilas ke katil Aimie. tiba-tiba bulu romaku berdiri tegak macam tengah menyanyi lagu Negaraku. Kenapa ya?
Mana taknya, Aimie memang pakai baju tidur warna pink. habis tu... tadi yang cakap dengan aku... siap buat lawak pagi -pagi buta pulak tui siapa? Jangan-jangan...
" Mama... Tolong Hani! Hantuuuu...."Terkumat-kamit mulutku bergerak-gerak mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Semua surah yang aku ingat aku baca. Mata pun aku dah pejamkan rapat-rapat. Tinggal tak letak glue aja. Kalau tak confirm tak boleh buka punya. Badanku menggigil-gigil macam orang baru lepas mandi kat Lautan Artik je gayanya. Waa!!!! Nak balik rumah...
Tiba-tiba... Sepasang telingaku menangkap suatu pergerakan... macam ada orang sedang berjalan menuju ke arah katilku. Kuat betul bunyi tapak kaki tu. Sejak bilalah sekolah aku ni ambil bigfoot jadi mak cik guard. Mak cik guard ke tu??
Lagi mengerikan, aku dapat merasakan bahawasanya ada lembaga sedang berdiri betul-betul di sebelahku... Sepasang tangan sejuk menyentuh lenganku. Apa nak buat ni? Dia ni pegang-pegang nak ajak aku pergi ke mana-mana ke? Siap goyang-goyangkan badan aku lagi...
" Reen.... Aimie... tolong aku... " Menjerit! Hanya itu sahaja yang boleh aku fikirkan dan lakukan sebagi reflect, bahawasanya aku tersangat amatlah takut.
" Woi Hani!! Bangunlah... Dah pukul 6.30 pagi ni. Nanti lambat pulak masuk kelas... " Nyaring sungguh suara Reen menampar pelupuk telingaku.
" Laa... Kaukah yang pegang-pegang aku tadi? Ingatkan hantu Aimie," aku menggosok mata yang tiba-tiba pedih dek lampu bilik yang terang-benderang itu.
" Itulah kau. Dah banyak kali aku nasihat... Bila nak tidur..." Reen dah start kuliah subuh dia... "basuh kaki, ambil wuduk, baca doa..." dah terhafal dalam otak aku nasihat sahabat yang satu itu.
Baik aku stopkan minah ni sebelum dia terus berbicara mengutarakan hujah-hujah macam peguam dekat court tu. Sudahlah aku bangun lambat pagi ini. nanti tak pasal-pasal kena denda dengan Cikgu Marina pulak.
Cikgu Marina Zahidah Binti Firdaus Syafiq. Siapa yang tak kenal akan kegarangannya yang melampau-lampau. Pantang sahaja ada pelajar bermasalah, confirm dia dulu yang sampai ke tempat kejadian. Macam mana dia tahu ada pelajar bergaduh? Hanya dia yang tahu... minggu lepas sahaja, hampir dua kali aku kena denda dengan cikgu MArina sebab datang lambat. Nasib baik aku pandai buat alasan. Nak hidup beb!!
" Cepat gila kau siap pagi ni. Kalau tak, mandi macam tuan puteri bersiram. kau mimpi apa malam tadi? "
Terkejut beruk Aimie ketika aku selamat tiba di dewan makan lima minit setengah selepas dia sampai. Sebelum ini, rekod breakfast aku yang paling awal ialah sepuluh minit dua puluh tujuh saat selepas Aimie sampai memandangkan Aimie yang paling awal bangun antara kami bertiga.
" Eh, Reen mana?" Mataku meliar mencari kelibat Reen.
" Aku ingatkan dia datang dengan kau tadi..."
" Mana ada. Bukan dia datang dengan kau ke? Tadi bilik dah kosong." Aimie menggeleng.
" Tak apalah. Biar aku cari dia..."Mataku melingas ke kiri ke kanan sambil mendaki tangga menuju ke kelasku. Mana sahajalah Reen ni. Pagi-pagi lagi dah lenyap. Jenuh aku nak mencari.
Alamak... Sakitnya perut... Rasa macam nak memerut saja ni. Tapi sekarang dah pukul 7.30 pagi. Tinggal lagi 5 minit sahaja sebelum loceng masuk kelas menjerit. Aku sesungguhnya tak mahu menghadap Cikgu Marina pagi ini.
" Lantaklah... perut aku dah sakit sangat ni. Nanti kot terlepas dalam kelas, lagi malu..." lantas aku segera menuju ke tandas.
* * * * *
No comments:
Post a Comment